07 Disember 2010



 Atas segala budi bicara yang tidak disenangi, tidak sopan dan tiada santunnya, AKU MINTA MAAF. Kadang-kadang yang diperkata hendak dijadikan jenaka tapi kerana silap pembawaan kata-kata aku, ianya jadi tafsiran berlainan.
3. Atas segala lagak diri dan tingkah peribadi yang sombong, berlagak, ego,,,,AKU PINTA SEJUTA KEMAAFAN. Memang diri ini sangat lemah ‘PR’,memang diri ini sukar memulakan perbualan, memang diri ini kurang senyumannya, ini memang kelemahan diri aku….. bukan berniat hendak menyombong diri atau berlagak tinggi….
4. Atas segala kata-kata ‘belakang’ atau umpatan, pada mana-mana pihak yang terkesan secara langsung serta pihak yang ‘menambah perisa’ secara tak langsung…. AKU JUA MEMOHON MAAF. Kerana kelemahan perwatakan aku, aku akuinya….
5. Atas semua penipuan dan dusta yang pernah aku buat… pada mana-mana pihak JUJUR AKU PINTA KEMAAFAN.
Untuk rakan taulan sepanjang di sekolah rendah (SK Bkt Beruang)  mahupun sekolah menengah (SMAPK), lama tidak bersua MINTA MAAF kerana ‘menyombongkan’ diri.