07 Disember 2010



 Atas segala budi bicara yang tidak disenangi, tidak sopan dan tiada santunnya, AKU MINTA MAAF. Kadang-kadang yang diperkata hendak dijadikan jenaka tapi kerana silap pembawaan kata-kata aku, ianya jadi tafsiran berlainan.
3. Atas segala lagak diri dan tingkah peribadi yang sombong, berlagak, ego,,,,AKU PINTA SEJUTA KEMAAFAN. Memang diri ini sangat lemah ‘PR’,memang diri ini sukar memulakan perbualan, memang diri ini kurang senyumannya, ini memang kelemahan diri aku….. bukan berniat hendak menyombong diri atau berlagak tinggi….
4. Atas segala kata-kata ‘belakang’ atau umpatan, pada mana-mana pihak yang terkesan secara langsung serta pihak yang ‘menambah perisa’ secara tak langsung…. AKU JUA MEMOHON MAAF. Kerana kelemahan perwatakan aku, aku akuinya….
5. Atas semua penipuan dan dusta yang pernah aku buat… pada mana-mana pihak JUJUR AKU PINTA KEMAAFAN.
Untuk rakan taulan sepanjang di sekolah rendah (SK Bkt Beruang)  mahupun sekolah menengah (SMAPK), lama tidak bersua MINTA MAAF kerana ‘menyombongkan’ diri.

aku hilaf..


dimana terletaknya hubungan aku dengan al-quran.??
kenapa begitu berat hati ini untuk dekat kan dengan al-quran..??
dimana terletaknya agama aku tanpa al-quran..??

AL-QURAN SEGALA-GALANYA UNTUK HIDUP TETAPI AKU
ABAIKANNYA....

sekaran aku kesali dengan apa yang aku buat didunia ini hanya buangkan waktu..

melihat manusia lain tekun membaca al-Quran , hati aku selalu tersentuh . kenapa aku tak boleh membaca al-Quran seperti orang lain ? . Ya ALLAH, kenapa hamba mu ini teruk sangat ? Ya tuhan, berikan aku kekuatan dan kesabaran agar sentiasa beribadat kepadamu tanpa rasa jemu .


pada 8/12/2010 
masa;3:44 a.m
aku tidak pernah sempurna dalam melakukan amanah allah yang aku janjikan sebelum aku turun ke bumi@ dilahirkan di muka bumi ini...aku hilaf dengan smua harta dan keseronokkan dibumi ni..
ya allah mengapa baru skarang aku sadar dengan kesilapan diri ku...padahal aku sama skali tidak mengundang dengan kesilapan didunia...ttpi mmg ini adat dunia manusia hilaf...ampunkan ku ya allah...tempat kan aku di golongan yang muslim..aku sama skali tidak mahu terjerumus ke-NERAKA yang kejam,panas,jahil....pagi ini aku telah sadar akan kesilapan aku dengan menemui seseorang yang sudah buka kan hati hambamu ya allah...aku tidak boleh menulisnya lagi kerana begitu luka hati aku rasa dengan dipenuhi dosa2 besar...aku tidak layak sebenarnya dipanggil manusia ..
hanya layak ialah binatang
BINATANG...
BINATANG
...
(-_-)...
KENAPA....KENAPA...aku hilaf dengan semua ini padahal keluarga ku taat sekali dengan islam tetapi
aku...!!
terima kasih kepada awak yang telah sedarikan sya...
terima kasih...

03 Disember 2010

kawan sejati...^_^



Masih mengenai kawan.

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?  



friend 4ever

 






  


\

Aku rasa korang semua mesti penah dengar kan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu.
Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.
Perempuan pula, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasi sayang.