07 Disember 2010



 Atas segala budi bicara yang tidak disenangi, tidak sopan dan tiada santunnya, AKU MINTA MAAF. Kadang-kadang yang diperkata hendak dijadikan jenaka tapi kerana silap pembawaan kata-kata aku, ianya jadi tafsiran berlainan.
3. Atas segala lagak diri dan tingkah peribadi yang sombong, berlagak, ego,,,,AKU PINTA SEJUTA KEMAAFAN. Memang diri ini sangat lemah ‘PR’,memang diri ini sukar memulakan perbualan, memang diri ini kurang senyumannya, ini memang kelemahan diri aku….. bukan berniat hendak menyombong diri atau berlagak tinggi….
4. Atas segala kata-kata ‘belakang’ atau umpatan, pada mana-mana pihak yang terkesan secara langsung serta pihak yang ‘menambah perisa’ secara tak langsung…. AKU JUA MEMOHON MAAF. Kerana kelemahan perwatakan aku, aku akuinya….
5. Atas semua penipuan dan dusta yang pernah aku buat… pada mana-mana pihak JUJUR AKU PINTA KEMAAFAN.
Untuk rakan taulan sepanjang di sekolah rendah (SK Bkt Beruang)  mahupun sekolah menengah (SMAPK), lama tidak bersua MINTA MAAF kerana ‘menyombongkan’ diri.

aku hilaf..


dimana terletaknya hubungan aku dengan al-quran.??
kenapa begitu berat hati ini untuk dekat kan dengan al-quran..??
dimana terletaknya agama aku tanpa al-quran..??

AL-QURAN SEGALA-GALANYA UNTUK HIDUP TETAPI AKU
ABAIKANNYA....

sekaran aku kesali dengan apa yang aku buat didunia ini hanya buangkan waktu..

melihat manusia lain tekun membaca al-Quran , hati aku selalu tersentuh . kenapa aku tak boleh membaca al-Quran seperti orang lain ? . Ya ALLAH, kenapa hamba mu ini teruk sangat ? Ya tuhan, berikan aku kekuatan dan kesabaran agar sentiasa beribadat kepadamu tanpa rasa jemu .


pada 8/12/2010 
masa;3:44 a.m
aku tidak pernah sempurna dalam melakukan amanah allah yang aku janjikan sebelum aku turun ke bumi@ dilahirkan di muka bumi ini...aku hilaf dengan smua harta dan keseronokkan dibumi ni..
ya allah mengapa baru skarang aku sadar dengan kesilapan diri ku...padahal aku sama skali tidak mengundang dengan kesilapan didunia...ttpi mmg ini adat dunia manusia hilaf...ampunkan ku ya allah...tempat kan aku di golongan yang muslim..aku sama skali tidak mahu terjerumus ke-NERAKA yang kejam,panas,jahil....pagi ini aku telah sadar akan kesilapan aku dengan menemui seseorang yang sudah buka kan hati hambamu ya allah...aku tidak boleh menulisnya lagi kerana begitu luka hati aku rasa dengan dipenuhi dosa2 besar...aku tidak layak sebenarnya dipanggil manusia ..
hanya layak ialah binatang
BINATANG...
BINATANG
...
(-_-)...
KENAPA....KENAPA...aku hilaf dengan semua ini padahal keluarga ku taat sekali dengan islam tetapi
aku...!!
terima kasih kepada awak yang telah sedarikan sya...
terima kasih...

03 Disember 2010

kawan sejati...^_^



Masih mengenai kawan.

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?  



friend 4ever

 






  


\

Aku rasa korang semua mesti penah dengar kan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu.
Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.
Perempuan pula, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasi sayang.

30 November 2010

smile everyday




Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan
SENYUMan..bahaya

29 November 2010

keperitan isi hati sye yang selama ini sye pendam...dan hari ini sye terpaksa ungkapkan diblog sye..

sye ingat bercinta itu best tetapi bercinta hanya mendatangkan kesengsraan semata-mata mula2 sye mengenal cinta itu dengan seorang gadis...sye syg kpada nya...ttpi apakan daya cinta tu tetap je buat sye sengsara...atau sye tidak berhak mendapat kebahagiaan....ok sye terima smua tu...alangkah baiknya kalau dari awal lgi sye tidak dikurniakan cinta...apakah yg membuat kita terlalu obsesi terhadap cinta...NAFSU..!! mungkin...

28 November 2010

all...


The thing they call "Love"...

In the mood to blog. This time it's on a very well talked about topic.

Last Val's day on Feb 14, I recall the students being very excited, as lessons were put on a short hold and gave way to some slides on "Love." Wonder if the point went through clearly or did it not, as many were distracted and had other ideas in mind. I trust that there are many young readers here. Thus, this is just my 2 cents worth on the "hot topic."

Love: Everyone needs it, as we are made by God to love and be loved. It isn't just about love between a guy and a gal (a narrow definition of love) but it can also be love between parent- child, brother-sister, friend- friend, teacher-student, citizen-country, God-people etc. (a wider and real definition of love). That means our hearts can be so huge and overflow with love.
There are 3 types of love which I've heard of:
1. "If" love- I will only love you "if" you ..........(condition stated)

2. "Because" love- I love you "because" .......... (what you did stated)
3. "Eventhough" love- I love you "eventhough" ........... (the hurt done to you)
The 1st 2 loves are conditional while the 3rd is unconditional and is the most powerful. Love can't be bought or earned, though many people try to do so. However, that love is hardest, as many people are unable to comprehend it. But ultimately, God has set the example for us and shown us what true love is. If only we will allow ourselves to grasp this deep deep love...
Love heals even the deepest hurt and the world around us needs love amidst all the trouble. Will we be the agents of love?
Love isn't just a feeling, as it sometimes can fade. Love is a decision and commitment made consciously with strong intentions to stick by it. And it is possible with the help of the Maker....
There are several simple ways to show love:
Listening to others, spending time, giving gifts, a friendly touch, words of encouragement and a kind action done for the other person.

For more info, read 1 Corinthians 13. Tee hee. Funny that I should write about this topic. But it's been fun. End of lecture.

23 November 2010

ibu&bapa yang melahirkan ku...terima kasihh~tanpa mereka entah apa yang akan berlaku

ku amat bersyukur kerana di beri peluang untuk hidup d dunia ini untk melihat keindahan suasana di dunia..namun aku hilaf dan mungkir janji2 aku terhadap allah s.w.t....mohon keampunan dari mu ya allah...

20 November 2010

Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati



Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia
DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.
Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.
Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.
Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.
Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak ramai.
Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.
Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.
Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Love & Loving Relationships are in everyone's life!*


Hopefully, you will find this site VERY helpful in finding out about love, finding people to love, expressing love, and realizing the love you have in your life. That is the intention.
LoveIsGreat.com is the result of my redirecting in a positive way my feelings for a girl who was my girlfriend after we broke up in 1998. I didn't understand the overwhelming feelings I had for her and so I did a search for the answer. Turned out it was "true love" and the information in the About Love area is the result of that search. Since then I have learned a lot about more about love and hope to share it with you.
See, I started the site on the very day that she broke up with me. What I learned about losing a loved one is in theBroken Hearts area. Romance & Relationships reflects information I collected for the future, and experiences from my past too. Loving Gifts area contains gifts I loved to give (and ones I do give to friends and my daughter). Plus, ones I would like to give. Dating & Finding Love is a good area to look at if you are in that stage.
The Love Q & A area is where you can ask questions and get answers from others on the site ... and I will answer when possible too. You can also join the LoveIsGreat.com Love Club and communicate with others who are interested in love. If you are single, maybe you will find a mate. If you are married, taked, or not looking you can join and find friends or people to talk to about a nice subject ... love.
* Almost ... if you close yourself to what love exists in your life ... then you won't have it.   

19 November 2010

hidup kini penuh bermakna dengan adanya

apabila mata sudah tidak bertentangan
hati mula menjauh
tatkala hati mula benci
mata tidak mahu pandang
saat itu hati mula sakit
saat otu cinta sudah pudar
saat itu dunia serba k0s0ng!

kInI @ku tElah cApaI Ape yAnG akU iMpiKan $eLamA Ini (^_^)



cinta ~

id0p ini sememangnyea banyak dugaan , tiap masa tiap saat pasti ada cabaran dan dugaannyea tp kalau id0p tanpa cabaran dan dugaan maknanya tiadalah warna !


cinta itu sememangnyea indah ..
dulunya
cinta itu tidak diundang, dia datang tanpa dminta . semakin kita tolak semakin dia hampiri dan dekati kitea .. ramai yang kalah dengan cinta kerana cinta itu terlalu indah.. mungkin ada sesetengah dianatara kita yang menggap cinta itu adalah mitos semata mata. yea, cinta hanyalah kata-kata ! cinta sememangnyea akan dikaburi dengan pelbagai janji janji manis .. 

~ Jangan Bercinta Kerana Simpati dan Kasihan… ~

Seseorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya…
Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya…
Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.
Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.
Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.
Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.
Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.
Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.
Hanya kerana CINTA…

Seseorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya…


Kata Kata Mutiara Cinta
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yg serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yg setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Tiada siapa paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerena setiap yg pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Kata Kata Mutiara Cinta, Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa akan terjadi pada hari esok.
Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memaafkan kita akandapat mengubati hati yang telah terluka. maaf diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan kita sayangi beroleh bahagia
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kata Kata Mutiara Cinta, Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yg dideritainya.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Pemimpin berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang lebih bawah daripadanya.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
Sesuatu kebaikan, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Kawan sejati ialah orang yg mencintaimu meskipun
telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya ia itu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Kata Kata Mutiara Cinta, Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yg dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kemarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Kata Kata Mutiara Cinta yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semuaakan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau setitik kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
Orang yang berkhianat selalu terhina. Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson
Kata Kata Mutiara Cinta, Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincol
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya – Confucius
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Kata Kata Mutiara Cinta, Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka diaakan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak sukamemakannya.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Kata Kata Mutiara Cinta, Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat